^-^

Assalamu'alaikum W.B.T
Halaman ini mengandungi nota-notaku dan nota-nota yang bukan notaku, tu la pasal ditulis not-aku haha

Saturday, 14 January 2012

Redha Dengan Ketentuan

Nota petang ni.

At-Tirmidziy memuatkan hadis berikut di dalam kitab Jami’nya

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ

Diriwayatkan daripada Sa’d, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk antara kebahagiaan Anak Adam (manusia) adalah redhanya terhadap apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah untuknya.

Boleh tengok kat bab Hadits-hadits Yang Sampai Kepada Kita Berhubung Redha terhadap Ketentuan (بَاب مَا جَاءَ فِي الرِّضَا بِالْقَضَاءِ).

Oleh itu, janganlah ada sedih yang berpanjangan janganlah ada duka yang tidak berkesudahan. Sudah barang tentu manusia diuji dengan macam-macam diuji takut la lapar la kesempitan la kesenangan la tak kisah la apa pun semuanya ujian dugaan. Mana-mana petaka musibah maka:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila musibah menimpa mereka, mereka megucapkan: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Rasulullah s.a.w juga ada mengajarkan do’a:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah pahalailah aku pada musibahku dan Engkau gantilah yang lebih baik daripadanya untukku.

Lihat Shahih Muslim bab Apa Yang Diucapkan Ketika Musibah. Sabab wurud hadits ini ialah kisah Ummu Salamah yang kematian suaminya iaitu Abu Salamah. Kemudiannya Ummu Salamah dinikahi Nabi s.a.w. Patah tumbuh hilang berganti.

No comments:

Post a Comment