^-^

Assalamu'alaikum W.B.T
Halaman ini mengandungi nota-notaku dan nota-nota yang bukan notaku, tu la pasal ditulis not-aku haha

Saturday, 4 February 2012

al-Islam الإسلام

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Notaku tengahari hari ini: al-Islam الإسلام

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam. Al-Imran 3:19.

Agama yang benar-benar sejati, tulin, diterima dan diredhai adalah Islam. Kebenaran hanya ada pada Islam. Adapun kebenaran beragama selain Islam adalah bathil. Inilah yang dikhabarkan oleh Allah dan perkhabaran daripada Allah itu pasti benar. Oleh itu, sesiapa yang mencari kehidupan beragama selain Islam maka sekali-kali tidak akan diterima dan dia pasti akan termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak, ini sepertimana firman Allah dalam surah al-Imran 3:85

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Kebenaran Islam telah sempurna sehinggakan ia tidak perlu kepada selainnya untuk bersandar dalam menentukan kebenarannya. Bukankah Allah berfirman dalam surah al-Maidah 5:3

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu dan Aku telah lengkapi ni’mat-Ku kepadamu dan Aku redha Islam itu sebagai agamamu.

Sesuatu itu baru menjadi sempurna apabila ia boleh berdiri dengan sendiri tanpa mengharapkan benda-benda lain. Apabila sesuatu itu memerlukan kepada sesuatu yang lain bermakna ia belum / tidak sempurna dengan erti yang sebenar.

وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا

Dan hadapkanlah wajahmu kepada agama (Islam) dengan tulus ikhlas.

Ayat ini Allah rekodkan dalam surah Yunus 10:105. Cara hidup beragama jangan condong senget (ulang: senget, bukan: sangat) ke kanan ke kiri (agama lain), bahkan sebaliknya cara hidup beragama itu hendaklah tegak betul tepat menghadap Islam dengan jujur. Beramal ibadah mestilah dengan amalan yang berdasarkan sumber sahih dari syari’at, barulah menepati ciri tulus, telus dan benar-benar ikhlas memurnikan ketaatan kepada Allah.

وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ

Dan mereka (orang mukmin) berpegang teguh dengan Allah dan mereka juga tulus ikhlas terhadap agama mereka, hanya kerana Allah.

Pada surah Al-Baqarah 2:208, Allah sebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan kerana sungguh syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.

Seluruh kehidupan kita hendaklah Islamik. Semua genap segi perkara mesti Islam. Setiap masa setiap saat. Jangan ada musim dan jangan dimusimkan Islam itu. Jangan dibataskan dengan tempat, waktu atau peristiwa. Contohnya, hanya Islam ketika berada di masjid, hanya Islam pada ketika mahu menunaikan solat, hanya Islam pada hari kematian. Sedangkan pada waktu lain, tidak Islam ketika menonton televisi ntah rancangan apa yang ditengoknya, tidak Islam ketika bersembang rancak ntah apa yang dibualkannya, tidak Islam ketika berada di khalayak ntah pakaian yang macamana yang dipakainya. Ini semua adalah kerana tidak meletakkan Islam di hadapan. Jika Islam diletakkan di hadapan, pasti beres. Al-Islam huwal-hal الإسلام هو الحل Islam itu penyelesaian.

Akhir pesan,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar erti pengertian taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu muslim tunduk dan patuh kepada agama Allah.

p/s: Sila ulang bacaan anda, kali ini baca dengan teliti masuk mantapkan dalam zihn betul-betul.

No comments:

Post a Comment