^-^

Assalamu'alaikum W.B.T
Halaman ini mengandungi nota-notaku dan nota-nota yang bukan notaku, tu la pasal ditulis not-aku haha

Saturday, 14 January 2012

Redha Dengan Ketentuan

Nota petang ni.

At-Tirmidziy memuatkan hadis berikut di dalam kitab Jami’nya

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ

Diriwayatkan daripada Sa’d, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk antara kebahagiaan Anak Adam (manusia) adalah redhanya terhadap apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah untuknya.

Boleh tengok kat bab Hadits-hadits Yang Sampai Kepada Kita Berhubung Redha terhadap Ketentuan (بَاب مَا جَاءَ فِي الرِّضَا بِالْقَضَاءِ).

Oleh itu, janganlah ada sedih yang berpanjangan janganlah ada duka yang tidak berkesudahan. Sudah barang tentu manusia diuji dengan macam-macam diuji takut la lapar la kesempitan la kesenangan la tak kisah la apa pun semuanya ujian dugaan. Mana-mana petaka musibah maka:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila musibah menimpa mereka, mereka megucapkan: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Rasulullah s.a.w juga ada mengajarkan do’a:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah pahalailah aku pada musibahku dan Engkau gantilah yang lebih baik daripadanya untukku.

Lihat Shahih Muslim bab Apa Yang Diucapkan Ketika Musibah. Sabab wurud hadits ini ialah kisah Ummu Salamah yang kematian suaminya iaitu Abu Salamah. Kemudiannya Ummu Salamah dinikahi Nabi s.a.w. Patah tumbuh hilang berganti.

Friday, 13 January 2012

Makanan Orang Patah Hati

Pada suatu hari sa-ekor siput sedang mendaki naik sa-pohon kayu di-tepi sawah dengan merayap2 perlahan2. Burong2 pipit yang ada dalam padi dekat di-situ tertawa terbahak2 mwlihat siput naik dengan kesukaran itu. Kemudian salah sa-ekor dari pipit itu terbang mendekati siput lalu berkata, “Wahai si-Lemah, mengapa naik pokok yang tidak berbuah ini?”. Siput itu tidak berhenti malah menjawab sambil berjalan, “Buah-nya akan ada bila saya sampai ka-atas-nya nanti”.
-disalin dari majalah Dian Daiges bil. 112

-apapun gagasan, ia umpama tumbesaran/tumbuhan pokok. Ia bermula dengan benih; airi, bajai, kemudian tumbuh akar, ada ranting, ada daun, ada dahan, ada rimbunan, akhirnya ada buah. Law of nature nya begitu, gradually tadarruj. Bukannya tanam hari ni, terus esok tumbuh. There no road to happiness because happiness is the road. So, sampai kepada destinasi itu penting dan bernilai tetapi menempuh jalan itu lebih penting dan lebih bernilai. Nilaian ada pada effort, bukan effect.

Thursday, 12 January 2012

Zhan ظنّ

Bismillah..

Sedikit nota tentang Baik Sangka

Apa yang dilarang ialah bersangka buruk su`uz-zhan (سوء الظن), sepertimana di dalam Surah al-Hujurat (49) ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari banyak berprasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu merupakan dosa.

{ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ } يعني ظن السوء . بالمسلم توهماً من غير تعلمه يقيناً.

{ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ } فيه وجهان :

أحدهما : يعني ظن السوء .

الثاني : أن يتكلم بما ظنه فيكون إثماً ، فإن لم يتكلم به لم يكن إثماً ، قاله مقاتل بن حيان .

Begitulah tersebut di dalam al-Mawardi.

Tidak boleh bersangka buruk lebih-lebih lagi kepada orang shalih orang baik-baik ahlul khair

Adapun husnuz-zhan berbaik sangka (حسن الظن) terhadap Allah dan orang lain adalah termasuk ‘ibadah yang baik. Sangkaan yang baik bukan hanya kepada sesama manusia sahaja tetapi dengan Allah juga perlu bahkan lebih-lebih lagilah kena bersangka baik. Segala ketentuan daripada-Nya memerlukan persangkaan yang baik. Bersangka baik dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Dalam ensiklopedia hadits Sunan Abi Daud pada bab Husnuz Zhan tercatat:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ ح و حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مُهَنَّا أَبِي شِبْلٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَلَمْ أَفْهَمْهُ مِنْهُ جَيِّدًا عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ وَاسِعٍ عَنْ شُتَيْرٍ قَالَ نَصْرٌ ابْنُ نَهَّارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَصْرٌ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُسْنُ الظَّنِّ مِنْ حُسْنِ الْعِبَادَةِ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w bersabda: “Berbaik sangka (terhadap Allah dan muslim lain) adalah termasuk antara ibadah yang baik.”

( حُسْن الظَّنّ ) : أَيْ بِالْمُسْلِمِينَ وَبِاَللَّهِ تَعَالَى

( مِنْ حُسْن الْعِبَادَة ) : أَيْ مِنْ جُمْلَة حُسْن الْعِبَادَة الَّتِي يُتَقَرَّب بِهَا إِلَى اللَّه تَعَالَى .

وَفَائِدَة هَذَا الْحَدِيث الْإِعْلَام بِأَنَّ حُسْن الظَّنّ عِبَادَة مِنْ الْعِبَادَات الْحَسَنَة كَمَا أَنَّ سُوء الظَّنّ مَعْصِيَة مِنْ مَعَاصِي اللَّه تَعَالَى كَمَا قَالَ تَعَالَى { إِنَّ بَعْض الظَّنّ إِثْم } أَيْ وَبَعْضه حَسَن مِنْ الْعِبَادَة كَذَا فِي السِّرَاج الْمُنِير

Begitulah syarahnya ‘Aunul Ma’bud.

Walaupun perkara yang menimpa kita, kita melihatnya sebagai musibah benda perkara yang kita benci tidak suka benda yang kita tidak mahu, tetapi hikmah di sebaliknya Allah Maha Tahu. Dalam Surah al-Baqarah (2) ayat 216 disebutkan:

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal ianya tidak baik untuk kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak

Wednesday, 11 January 2012

Haq al-Muslim


Tanggungjawab Seseorang Muslim Terhadap Saudaranya Melalui Hubungan Persaudaraan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: “Tanggungjawab seorang muslim terhadap saudaranya ada enam.” Rasulullah s.a.w ditanya (oleh para sahabat:) “Apakah enam perkara tersebut wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: “Apabila engkau bertemu dengannya maka berilah salam kepadanya, apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya, apabila dia meminta nasihatmu maka nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu memuji Allah – yakni dengan mengucapkan الحمد لله Alhamdulillah (segala puji milik Allah) - maka tasymitkanlah - yakni dengan mengucapkan يرحمُك الله Yarhamukallah (semoga Allah merahmatimu) - kepadanya, apabila dia sakit maka lawatilah dia dan apabila dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya.” - Riwayat Muslim.
Secara umum, persaudaraan dapat digambarkan sebagai suatu jalinan hubungan yang menuntut keperihatinan terhadap saudaranya dan keikhlasan dalam sesuatu hubungan bersaudara itu. Ini secara langsung menafikan sikap keindividuan sekaligus menolak kefanatikan terhadap mana-mana kumpulan tertentu. Ianya juga melangkau batas warna kulit dan peringkat usia. Masyarakat yang saling mengambil peduli dan saling membantu itulah masyarakat yang bersaudara. Oleh itu, persaudaraan yang hakiki adalah yang diasaskan atas aqidah yang satu.
Hadits ini menunjukkan bahawa hidup kita sebagai manusia ini bukan semata-mata untuk diri sendiri sahaja bahkan hidup kita ini ada kaitan dengan orang lain. Ada perkara-perkara yang perlu kita tunaikan kepada orang lain dan mereka mempunyai hak ke atas kita kerana setiap manusia itu mempunyai tanggungjwab antara satu sama lain. Hal ini secara tidak langsung akan membatalkan sikap keakuan di kalangan segelintir masyarakat. Terdapat enam perkara yang menjadi tanggungjawab seseorang muslim terhadap saudara muslim lainnya. Bilangan ini tidaklah memberi makna ianya terhad dan terbatas kepada enam perkara ini sahaja bahkan ianya boleh bertambah. Oleh sebab itu, terdapat hadits lain yang menyebutkan bilangannya adalah lima dan ada juga yang menyebutkannya tujuh.
Jika diperhatikan, keenam-enam perbuatan ini mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu cakna dan mengambil berat antara satu sama lain.
Daripada hadits ini, dapat dinyatakan bahawa orang yang memulakan salam itu lebih baik daripada orang yang menerima sapaan salam kerana orang yang memberi salam terlebih dahulu mendoakan kesejahteraan untuknya dan memberikan jaminan kesejahteraan dan keselamatan untuk saudaranya itu. Dalam konteks yang lebih luas, sekiranya dua pihak sedang bertelingkah maka pihak yang memulakan perdamaian itulah yang lebih baik. Hikmah dan maksud sebenar memberi dan menjawab salam amatlah besar. Sebenarnya memberi dan menjawab salam itu bukanlah terhenti setakat amalan lidah sahaja bahkan maksud daripada salam itulah yang dikehendaki. Orang yang disapa dengan salam berasa bahawa dia berada dalam keadaan aman dan terhindar daripada bahaya manakala orang yang memberi salam itu selain mendoakannya, dia memperingatkan bahawa saudaranya sentiasa dijaga dan diawasi gerak-gerinya oleh Allah kerana As-Salam itu adalah salah satu daripada nama Allah S.W.T
Matlamat salam tidak dapat dicapai sekiranya tiada tindakan susulan yang diambil sebagai melengkapkan konsep salam sebenar. Dengan kata lain, setiap orang Islam perlu saling membantu, apakah ertinya menyebarkan salam tetapi dalam masa yang sama menarik muka tidak memberi bantuan kepada orang Islam lainnya malah menyusahkan pula.
Ini semua menunjukkan bahawa salam yang dilafazkan bukan digunakan untuk berbasi-basi semata.
Selain itu, Rasulullah S.A.W turut mengajar kita supaya menerima jemputan muslim lain dengan menghadirkan diri ke acara majlisnya jika tiada keuzuran. Demikian juga jika dia meminta pertolongan kita, maka hendaklah kita membantunya. Memberi bantuan ketika diperlukan merupakan tanggungjawab yang mesti dipenuhi seorang muslim terhadap muslim lainnya. Ini bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Maa`idah (5:2) :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Tolong-menolonglah kamu pada perkara kebaikan dan taqwa, janganlah pula kamu saling menolong pada perkara dosa dan permusuhan.
Kita juga mempunyai tanggungjawab supaya menasihati serta memberi pandangan terhadap masalah yang dihadapinya, lebih-lebih lagi jika dia sendiri minta supaya dinasihati. Ini bersesuaian dengan maksud nasihat itu sendiri, iaitu mahukan kebaikan kepada orang yang menerima nasihat dan pandangan tersebut.
Islam mengajar umatnya supaya tidak melupakan saudaranya. Oleh itu, janganlah lupa kepada saudara-saudara yang ditimpa kesusahan dan musibah. Bantulah mereka yang memerlukan, ziarahlah mereka pada waktu kelapangan kerana menziarahi orang sakit tidak perlu kepada jemputan. Jiwa mereka akan terubat dan berasa seronok dengan lawatan kita, merasakan ada saudara yang mempedulikannya. Oleh itu, Lazimkan diri berziarah dan hadiahkan senyuman.
Agama Islam adalah agama yang mementingkan hubungan persaudaraan dan berkasih sayang, bahkan sesama mukmin itu adalah saling bersaudara semuanya.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu dirahmati. – (al-Hujuraat :10)
Pada ayat ini Allah mengaitkan keimanan dengan persaudaraan (ukhuwwah) iaitu sesama mukmin itu dihubungkan melalui pertalian aqidah, aqidah yang sama. Allah S.W.T menggunakan lafazإخوة , lafaz ini adalah lafaz yang menunjukkan persaudaraan yang mempunyai kaitan dari segi keturunan dan hubungan darah (kekeluargaan). Ini menunjukkan bahawa hampirnya kedudukan antara sesama mukmin itu sendiri bagaikan hubungan berkeluarga. Dan hanya orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan sahaja yang menyedari hubungan imannya dengan persaudaraan yang terjalin antara satu sama lain.
Pasti tidak ada yang sanggup melihat saudaranya terlantar sakit, sudah semestinya kita mahukan kebaikan untuk dirinya seperti mana kita mahukan kebaikan untuk diri kita. Di dalam hadits lain disebutkan
عن أنس بن مالك عن النبيّ صلى الله عليه وسلّم قال لا يؤمن أحدكم حتى يحبّ لأخيه ما يحبّ لنفسه
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w, sabdanya: “Belum sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia suka (kebaikan) untuk saudaranya sepertimana dia suka untuk dirinya.” - Bukhari & Muslim.
Di akhir sabdaan ini, diperingatkan supaya mengiringi jenazah, bukanlah maksud pengiringan itu semata-mata menghantar jenazahnya ke perkuburan tetapi apa yang dikehendaki adalah menguruskannya dengan sempurna. Meramaikan bilangan di tanah perkuburan tanpa menghulurkan bantuan di sana bukanlah perkara yang dituntut.
Justeru itu, sebarkanlah salam, ziarahlah teman-teman, doakan mereka sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan ingatlah akan kematian kerana ia mengingatkan kita kepada Allah, hanya kepada-Nya kita kembali.
إنّ إلينا إيابهم وإنّا علينا حسابهم
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته