^-^

Assalamu'alaikum W.B.T
Halaman ini mengandungi nota-notaku dan nota-nota yang bukan notaku, tu la pasal ditulis not-aku haha

Saturday, 20 January 2018

Long Time No See

Bismillah, lama sungguh tidak menota di sini, InSyaAllah  akan menjari-jemarikan pernotaan di sini biiznillah

Saturday, 4 February 2012

al-Islam الإسلام

Assalamu’alaikum warahmatullah.

Notaku tengahari hari ini: al-Islam الإسلام

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah adalah Islam. Al-Imran 3:19.

Agama yang benar-benar sejati, tulin, diterima dan diredhai adalah Islam. Kebenaran hanya ada pada Islam. Adapun kebenaran beragama selain Islam adalah bathil. Inilah yang dikhabarkan oleh Allah dan perkhabaran daripada Allah itu pasti benar. Oleh itu, sesiapa yang mencari kehidupan beragama selain Islam maka sekali-kali tidak akan diterima dan dia pasti akan termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak, ini sepertimana firman Allah dalam surah al-Imran 3:85

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Kebenaran Islam telah sempurna sehinggakan ia tidak perlu kepada selainnya untuk bersandar dalam menentukan kebenarannya. Bukankah Allah berfirman dalam surah al-Maidah 5:3

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu dan Aku telah lengkapi ni’mat-Ku kepadamu dan Aku redha Islam itu sebagai agamamu.

Sesuatu itu baru menjadi sempurna apabila ia boleh berdiri dengan sendiri tanpa mengharapkan benda-benda lain. Apabila sesuatu itu memerlukan kepada sesuatu yang lain bermakna ia belum / tidak sempurna dengan erti yang sebenar.

وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا

Dan hadapkanlah wajahmu kepada agama (Islam) dengan tulus ikhlas.

Ayat ini Allah rekodkan dalam surah Yunus 10:105. Cara hidup beragama jangan condong senget (ulang: senget, bukan: sangat) ke kanan ke kiri (agama lain), bahkan sebaliknya cara hidup beragama itu hendaklah tegak betul tepat menghadap Islam dengan jujur. Beramal ibadah mestilah dengan amalan yang berdasarkan sumber sahih dari syari’at, barulah menepati ciri tulus, telus dan benar-benar ikhlas memurnikan ketaatan kepada Allah.

وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ

Dan mereka (orang mukmin) berpegang teguh dengan Allah dan mereka juga tulus ikhlas terhadap agama mereka, hanya kerana Allah.

Pada surah Al-Baqarah 2:208, Allah sebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan kerana sungguh syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.

Seluruh kehidupan kita hendaklah Islamik. Semua genap segi perkara mesti Islam. Setiap masa setiap saat. Jangan ada musim dan jangan dimusimkan Islam itu. Jangan dibataskan dengan tempat, waktu atau peristiwa. Contohnya, hanya Islam ketika berada di masjid, hanya Islam pada ketika mahu menunaikan solat, hanya Islam pada hari kematian. Sedangkan pada waktu lain, tidak Islam ketika menonton televisi ntah rancangan apa yang ditengoknya, tidak Islam ketika bersembang rancak ntah apa yang dibualkannya, tidak Islam ketika berada di khalayak ntah pakaian yang macamana yang dipakainya. Ini semua adalah kerana tidak meletakkan Islam di hadapan. Jika Islam diletakkan di hadapan, pasti beres. Al-Islam huwal-hal الإسلام هو الحل Islam itu penyelesaian.

Akhir pesan,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar erti pengertian taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu muslim tunduk dan patuh kepada agama Allah.

p/s: Sila ulang bacaan anda, kali ini baca dengan teliti masuk mantapkan dalam zihn betul-betul.

Saturday, 14 January 2012

Redha Dengan Ketentuan

Nota petang ni.

At-Tirmidziy memuatkan hadis berikut di dalam kitab Jami’nya

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي حُمَيْدٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَعْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللَّهُ لَهُ

Diriwayatkan daripada Sa’d, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk antara kebahagiaan Anak Adam (manusia) adalah redhanya terhadap apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah untuknya.

Boleh tengok kat bab Hadits-hadits Yang Sampai Kepada Kita Berhubung Redha terhadap Ketentuan (بَاب مَا جَاءَ فِي الرِّضَا بِالْقَضَاءِ).

Oleh itu, janganlah ada sedih yang berpanjangan janganlah ada duka yang tidak berkesudahan. Sudah barang tentu manusia diuji dengan macam-macam diuji takut la lapar la kesempitan la kesenangan la tak kisah la apa pun semuanya ujian dugaan. Mana-mana petaka musibah maka:

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Iaitu orang-orang yang apabila musibah menimpa mereka, mereka megucapkan: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

Rasulullah s.a.w juga ada mengajarkan do’a:

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Ya Allah pahalailah aku pada musibahku dan Engkau gantilah yang lebih baik daripadanya untukku.

Lihat Shahih Muslim bab Apa Yang Diucapkan Ketika Musibah. Sabab wurud hadits ini ialah kisah Ummu Salamah yang kematian suaminya iaitu Abu Salamah. Kemudiannya Ummu Salamah dinikahi Nabi s.a.w. Patah tumbuh hilang berganti.

Friday, 13 January 2012

Makanan Orang Patah Hati

Pada suatu hari sa-ekor siput sedang mendaki naik sa-pohon kayu di-tepi sawah dengan merayap2 perlahan2. Burong2 pipit yang ada dalam padi dekat di-situ tertawa terbahak2 mwlihat siput naik dengan kesukaran itu. Kemudian salah sa-ekor dari pipit itu terbang mendekati siput lalu berkata, “Wahai si-Lemah, mengapa naik pokok yang tidak berbuah ini?”. Siput itu tidak berhenti malah menjawab sambil berjalan, “Buah-nya akan ada bila saya sampai ka-atas-nya nanti”.
-disalin dari majalah Dian Daiges bil. 112

-apapun gagasan, ia umpama tumbesaran/tumbuhan pokok. Ia bermula dengan benih; airi, bajai, kemudian tumbuh akar, ada ranting, ada daun, ada dahan, ada rimbunan, akhirnya ada buah. Law of nature nya begitu, gradually tadarruj. Bukannya tanam hari ni, terus esok tumbuh. There no road to happiness because happiness is the road. So, sampai kepada destinasi itu penting dan bernilai tetapi menempuh jalan itu lebih penting dan lebih bernilai. Nilaian ada pada effort, bukan effect.

Thursday, 12 January 2012

Zhan ظنّ

Bismillah..

Sedikit nota tentang Baik Sangka

Apa yang dilarang ialah bersangka buruk su`uz-zhan (سوء الظن), sepertimana di dalam Surah al-Hujurat (49) ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari banyak berprasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu merupakan dosa.

{ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ } يعني ظن السوء . بالمسلم توهماً من غير تعلمه يقيناً.

{ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ } فيه وجهان :

أحدهما : يعني ظن السوء .

الثاني : أن يتكلم بما ظنه فيكون إثماً ، فإن لم يتكلم به لم يكن إثماً ، قاله مقاتل بن حيان .

Begitulah tersebut di dalam al-Mawardi.

Tidak boleh bersangka buruk lebih-lebih lagi kepada orang shalih orang baik-baik ahlul khair

Adapun husnuz-zhan berbaik sangka (حسن الظن) terhadap Allah dan orang lain adalah termasuk ‘ibadah yang baik. Sangkaan yang baik bukan hanya kepada sesama manusia sahaja tetapi dengan Allah juga perlu bahkan lebih-lebih lagilah kena bersangka baik. Segala ketentuan daripada-Nya memerlukan persangkaan yang baik. Bersangka baik dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Dalam ensiklopedia hadits Sunan Abi Daud pada bab Husnuz Zhan tercatat:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ ح و حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ مُهَنَّا أَبِي شِبْلٍ قَالَ أَبُو دَاوُد وَلَمْ أَفْهَمْهُ مِنْهُ جَيِّدًا عَنْ حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ وَاسِعٍ عَنْ شُتَيْرٍ قَالَ نَصْرٌ ابْنُ نَهَّارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَصْرٌ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حُسْنُ الظَّنِّ مِنْ حُسْنِ الْعِبَادَةِ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah: Rasulullah s.a.w bersabda: “Berbaik sangka (terhadap Allah dan muslim lain) adalah termasuk antara ibadah yang baik.”

( حُسْن الظَّنّ ) : أَيْ بِالْمُسْلِمِينَ وَبِاَللَّهِ تَعَالَى

( مِنْ حُسْن الْعِبَادَة ) : أَيْ مِنْ جُمْلَة حُسْن الْعِبَادَة الَّتِي يُتَقَرَّب بِهَا إِلَى اللَّه تَعَالَى .

وَفَائِدَة هَذَا الْحَدِيث الْإِعْلَام بِأَنَّ حُسْن الظَّنّ عِبَادَة مِنْ الْعِبَادَات الْحَسَنَة كَمَا أَنَّ سُوء الظَّنّ مَعْصِيَة مِنْ مَعَاصِي اللَّه تَعَالَى كَمَا قَالَ تَعَالَى { إِنَّ بَعْض الظَّنّ إِثْم } أَيْ وَبَعْضه حَسَن مِنْ الْعِبَادَة كَذَا فِي السِّرَاج الْمُنِير

Begitulah syarahnya ‘Aunul Ma’bud.

Walaupun perkara yang menimpa kita, kita melihatnya sebagai musibah benda perkara yang kita benci tidak suka benda yang kita tidak mahu, tetapi hikmah di sebaliknya Allah Maha Tahu. Dalam Surah al-Baqarah (2) ayat 216 disebutkan:

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal ianya tidak baik untuk kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak