^-^

Assalamu'alaikum W.B.T
Halaman ini mengandungi nota-notaku dan nota-nota yang bukan notaku, tu la pasal ditulis not-aku haha

Thursday, 13 October 2011

Wa Illa Fala


Bismillahir Rahmanir Rahim
Hadis yang berikut ini termuat dalam Shahih Muslim bertajuk
بَاب إِذَا هَمَّ الْعَبْدُ بِحَسَنَةٍ كُتِبَتْ وَإِذَا هَمَّ بِسَيِّئَةٍ لَمْ تُكْتَبْ
Bab Apabila Hamba Ingin (terlintas) Melakukan Sesuatu Kebaikan Maka Dicatat Tetapi Apabila Ia Ingin (terlintas) Melakukan Suatu Keburukan Tidak Dicatat
(iklan: tajuk-tajuk di dalam Shahih Muslim bukanlah dibuat oleh Imam Muslim sendiri)
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِأَبِي بَكْرٍ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ وَقَالَ الْآخَرَانِ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِذَا هَمَّ عَبْدِي بِسَيِّئَةٍ فَلَا تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا سَيِّئَةً وَإِذَا هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا عَشْرًا
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda: Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Apabila hamba-Ku berniat melakukan sesuatu perbuatan jelek, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka barulah catat sebagai satu keburukan. Dan apabila hamba-Ku berniat melakukan sesuatu perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat. (Shahih Muslim No.183)
Hadis ini merupakan galakan dan saranan kepada kita supaya melakukan amal baik di samping menghilangkan kegusaran tentang rancangan atau agenda jahat kita. Pada hadis yang lain, tersebut begini:
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وُمُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْغُبَرِيُّ وَاللَّفْظُ لِسَعِيدٍ قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعْمَلُوا بِهِ
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah melangkaui (tidak menghitung mengira) kata hati pada umatku, selama mereka tidak mengatakannya atau melakukannya. (Shahih Muslim No.181)
Walaupun tidak dicatat kejahatan yang ingin dilakukan itu tetapi bukanlah bermakna kita bebas merancang dan merencanakan agenda jahat asalkan kita tidak melakukan. Bukan begitu. Hadis-hadis yang sebegini menunjukkan sifat kemurahan Allah terhadap hamba-hamba-Nya. Dahlah baru rancang pekerjaan baik, sudah diganjari dipahalai. Sekiranya dilanjuti dengan amal pelaksana maka digandai pula. Sedangkan sebaliknya dengan perencanaan amal jahat, sekadar mengagenda tidak ada apa-apa, just standby, kalau-kalau dipanjangkan dengan amal barulah dicatat.

Tuesday, 9 August 2011

التوحيد

Nota Pagi Ni: Pentauhidan Allah S.W.T

1-Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Yang Layak Lagi Benar Selain Allah.
2-Allah itu Esa, Tiada Syirik Untuk-Nya.
3-Tiada Apa-Apa Pun Yang Serupa Seperti-Nya.
3-Tidak Akan Berlaku Sesuatu Apa-Apa Pun Kecuali Perkara Itu Dikehendaki Oleh-Nya.
4-Allah Maha Hebat